【#BeritaAntarabangsa】Kucing Hilang 61 Hari, Menempuh Seribu Batu untuk Pulang
Sepasang suami isteri dari Salinas, California, membawa kucing berusia 2 tahun setengah mereka bercuti ke Taman Negara Yellowstone di Wyoming. Malangnya, kucing itu melarikan diri ke dalam hutan pada hari pertama mereka tiba setelah terkejut. Pasangan itu telah masuk ke dalam hutan berkali-kali untuk mencarinya, tetapi setiap kali usaha mereka gagal.
Apa yang mengejutkan, kucing itu ditemui setelah hilang selama 61 hari oleh sebuah badan perlindungan haiwan dari Roseville, California, dan identitinya disahkan melalui imbasan cip. Difahamkan, kucing itu telah mengharungi lebih dari 800 batu (kira-kira 1287 kilometer) untuk kembali ke California, dan kini hanya tinggal kira-kira 300 kilometer dari rumahnya.
#HiSiComel #Syukurdapatpulang #Pemilikpastisangatgembira
