【#BeritaKuching】Mayat seorang wanita ditemui di dalam sebuah kereta yang diparkir di pusat beli-belah di Jalan Song, hari ini.
Menurut sumber, penemuan itu dibuat selepas orang awam terhidu bau busuk yang datang dari sebuah kereta Nissan Grand Livina yang diletakkan di kawasan tersebut.
Setakat ini, polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian itu.
Kawasan berkenaan telah ditutup untuk siasatan, dan pasukan forensik dilihat berada di lokasi bagi mengumpul bahan bukti.
Sumber turut memaklumkan bahawa wanita berkenaan dipercayai individu yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, mengeluarkan kenyataan meminta bantuan orang ramai bagi mengesan Marianna Liew Ai Jia, 24 tahun, yang kali terakhir dilihat meninggalkan rumahnya pada 25 Oktober dengan menaiki kereta Nissan Grand Livina.
#Kuching #Sarawak #IklanDialuAlukanBeritajak
