【#BeritaKuching 】
Seorang lelaki Melayu berusia 40 tahun disyaki mencuri motosikal di Summer Mall, Samarahan, telah ditahan oleh polis di rumahnya. Polis turut merampas motosikal yang dilaporkan hilang dan peralatan jenayah. Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Suspek direman selama 4 hari selepas diluluskan oleh mahkamah dan akan dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari. Ketua Polis Daerah Samarahan menyeru orang awam untuk melaporkan jenayah dengan menghubungi talian hotline polis Samarahan di 082-662101.
#mestiberihukumanberat
#apapendapatananda
