【#BeritaSibu 】
Seorang wanita berusia 30-an di Sibu tertipu sebanyak RM5,800 selepas cuba membeli sebuah Hilux melalui media sosial. Beliau telah membayar wang pendahuluan dan kos penghantaran, namun selepas enam bulan, kenderaan tersebut masih tidak diterima dan suspek gagal dihubungi.
Kes ini sedang disiasat oleh pihak polis. Orang ramai diingatkan untuk lebih berhati-hati semasa melakukan urus niaga dalam talian bagi mengelakkan penipuan.
#apapendapatananda
