Budak Lelaki Meninggal Dunia Disyaki Tertinggal Dalam Kereta

【#BeritaKuching 】

Tragedi berlaku di Samarahan, Kuching, Sarawak, hari ini apabila seorang bapa disyaki cuai sehingga tertinggal anak lelakinya yang berusia 1 tahun 8 bulan di dalam kereta selama 3 jam. Akibatnya, kanak-kanak tersebut ditemui tidak sedarkan diri dan meskipun telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, nyawanya tidak dapat diselamatkan.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 1 tengah hari di kawasan Taman Desa Ilmu, Samarahan. Difahamkan, bapa mangsa yang menguruskan sebuah restoran telah membawa anaknya ke premis berkenaan namun terlupa membawanya keluar dari kereta. Hanya selepas jam 4 petang, bapa tersebut menyedari kejadian itu, namun anaknya sudah berada dalam keadaan kritikal.

Pihak polis telah memulakan siasatan berhubung kejadian ini dan menggesa para ibu bapa agar lebih berwaspada bagi mengelakkan tragedi seumpama ini berulang.

#Takziah

#Semogaarwahtenangdisana

更多新闻

Leave a Comment