【#BeritaMalaysia 】
Satu insiden tragis berlaku di Kampung Sinogoh, Sabah, apabila seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut tersengat elektrik semasa memanjat tiang elektrik untuk memasang kabel internet. Kejadian berlaku pada petang semalam sekitar jam 4.20, dan pihak Bomba Kimanis menerima panggilan kecemasan sebelum bergegas ke lokasi. Namun, mangsa telah dihantar ke hospital oleh rakan sekerja sebelum ketibaan pasukan bomba. Doktor bertugas kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
#Takziah
#Semogaarwahtenangdisana
