【#BeritaMalaysia 】#hilangkawalan #langgar
Seorang wanita warga emas berusia 73 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan lalu melanggar bahu jalan. Kemalangan ini berlaku pada tengah hari semalam kira-kira jam 12 di persimpangan Jalan Bukit Kangkar-Telok Limba.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Roslan, memaklumkan pihak polis sedang menyiasat kejadian ini di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Beliau menyeru saksi kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Khairul (011-1244 5836) bagi membantu siasatan.
#Takziah
#Semogaarwahtenangdisana
