【#BeritaMalaysia 】#penunggang #maut
Seorang atlet pelayaran wanita berusia 21 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang sedang menukar lorong untuk berpatah balik di Benut, Johor. Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta tidak cedera.
Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan, dan pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas.
#Takziah
#Semogaarwahtenangdisana
