【#BeritaMiri 】#penunggang #maut
Jalan berhampiran Dutang menyaksikan kemalangan maut malam tadi apabila sebuah motosikal bertembung dengan kereta, menyebabkan penunggang motosikal cedera parah dan meninggal dunia. Difahamkan, kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan salah satu pihak membrek tepat pada masanya. Polis trafik telah tiba di lokasi untuk menyiasat punca kejadian.
#Takziah
#Semogaarwahtenangdisana
