【#BeritaMiri 】
Sekitar jam 7 malam semalam, seorang lelaki yang melintas jalan di Lebuhraya Pan Borneo dilanggar kereta hingga maut. Pemandu terlibat tidak berhenti membantu, sebaliknya melarikan diri. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, dan identitinya masih belum dikenal pasti. Polis sedang menjalankan siasatan dan merayu saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat. Mayat mangsa telah dihantar ke bilik mayat Hospital Besar Miri.
#Takziah
#Semogaarwahtenangdisana
