【#BeritaMalaysia 】
Seorang lelaki berusia 26 tahun didakwa memandu secara berbahaya pada malam Krismas tahun lalu sehingga menyebabkan kematian 2 remaja berusia 16 tahun. Tertuduh mengaku tidak bersalah dan dibenar diikat jamin RM6,500. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 27 Januari tahun depan. Ketika kejadian, tertuduh memandu kereta Axia dan disyaki terlelap, lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal dinaiki mangsa. Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara 5 hingga 10 tahun, denda dan lesen memandu digantung.
#Takziah
#Semogaarwahtenangdisana
