【#BeritaMalaysia 】#kemalagankereta
Satu kemalangan berlaku malam tadi di Jalan Kota Tinggi-Mersing, mengorbankan tiga nyawa iaitu Mohamad Izuddin, 36, dan ibu bapanya, manakala anak perempuannya, Atia, 5 tahun, terselamat dengan kecederaan. Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan untuk makan malam sebelum kereta mereka dirempuh oleh sebuah kereta lain yang hilang kawalan. Abang kepada Izuddin, Mohamad Naz, berkata Atia sebelum ini dijaga oleh datuk dan neneknya, dan hak penjagaan akan diputuskan berdasarkan pilihan kanak-kanak itu. Kes masih dalam siasatan, dan keluarga berharap mendapat keadilan.
#Takziah
#Semogaarwahtenangdisana
