【#BeritaMalaysia 】#dilanggar #lori
Kemalangan maut berlaku pada jam 7.30 malam tadi di LDP arah USJ ke Puchong Barat, melibatkan seorang penunggang motosikal lelaki berusia 40 tahun. Mangsa terjatuh selepas bergesel dengan tiga kereta dan kemudian dilanggar sebuah lori, mengakibatkan kematian di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan, meminta pemandu Perodua Bezza berwarna perak yang terlibat untuk tampil ke balai polis bagi membantu siasatan. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
#Takziah
#Semogaarwahtenangdisana
