【#BeritaMalaysia 】
Seorang ibu dan anak perempuannya mengalami detik cemas dalam banjir malam tadi apabila bot yang dinaiki mereka terbalik akibat arus deras. Mereka bernasib baik kerana sempat berpaut pada sebatang pokok selama 5 jam sebelum berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba.
Mangsa terdiri daripada seorang wanita berusia 50-an dan anaknya yang berusia belasan tahun. Kejadian berlaku ketika mereka cuba meninggalkan rumah yang telah dinaiki air. Pasukan bomba memulakan operasi menyelamat sekitar tengah malam dan berjaya membawa mereka ke tempat selamat dengan bantuan bot milik penduduk kampung.
Mangsa kini ditempatkan di sebuah surau di Kampung Lubok Gong untuk berlindung sementara menunggu air surut. Pihak bomba mengingatkan penduduk agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri.
#bencanaalamsukardijaga
#apapendapatananda
