Pesawat Kargo DHL Jatuh Dekat Lapangan Terbang Vilnius

【#BeritaAntarabangsa 】

Pada pagi 25hb sekitar jam 5.30, sebuah pesawat kargo milik DHL yang dalam penerbangan dari Leipzig, Jerman menuju Vilnius, Lithuania, terhempas dan melanggar sebuah bangunan kediaman sebelum terbakar. Kejadian ini mengakibatkan sekurang-kurangnya 1 maut dari 4 orang di pesawat, dengan 2 orang dikejarkan ke hospital, salah seorang daripadanya disahkan meninggal dunia.

Menurut data dari Flightradar24, pesawat itu jatuh di luar lapangan terbang Vilnius. Pasukan polis dan ambulans segera tiba di lokasi dan menutup laluan utama di kawasan sekitar. Berita baiknya, semua penghuni rumah yang terlibat selamat.

Kerajaan Lithuania mengesahkan beberapa penerbangan di lapangan terbang tersebut mengalami kelewatan selepas kejadian. Pihak DHL menyatakan punca kemalangan masih dalam siasatan.

#Takziah

#Semogaarwahtenangdisana

更多新闻

Leave a Comment