【#BeritaMalaysia 】
Pada jam 4.50 pagi tadi, sebuah kemalangan maut berlaku di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, melibatkan dua buah kereta – sebuah Perodua Axia dan Toyota Hilux yang hilang kawalan. Tiga mangsa, termasuk bapa, ibu, dan anak perempuan berusia 30 tahun, maut akibat kecederaan parah. Anak lelaki bongsu, Noor Azwar Shahmi, mengalami kecederaan serius dengan patah tangan dan kaki. Kejadian berlaku ketika keluarga tersebut dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu. Pemandu Toyota Hilux merupakan dua penjual sayur yang dalam perjalanan ke pasar. Pasukan bomba dan polis segera menyelamatkan mangsa yang cedera, dan semua mangsa dibawa ke Hospital Setiu untuk rawatan dan bedah siasat.
#Takziah
#Semogaarwahtenangdisana
