【#BeritaMiri 】
Seorang lelaki warga Indonesia tiba-tiba mengamuk di sebuah ladang kelapa sawit di Bukit Dalau, Lawas, semalam dan menyerang rakan sekerjanya dengan senjata tajam. Kejadian itu menyebabkan tiga pekerja senegara cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Kerajaan Lawas.
Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Lian, berkata pihak polis menerima laporan pada jam 8.10 pagi dan segera ke lokasi kejadian, sebelum berjaya menahan suspek berusia 44 tahun. Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, dan suspek telah direman untuk siasatan lanjut.
Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan.
#apapendapatananda
#berihukumanyangtinggi