【#BeritaMiri】18 Oktober — Sebuah kereta Toyota Camry musnah sepenuhnya selepas terbakar di Jalan Jee Foh 10, di sini, awal hari ini.
Menurut kenyataan dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada jam 1.55 petang sebelum Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Tengah dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Pasukan tiba di lokasi pada jam 2.07 petang, kira-kira tujuh kilometer dari balai. Setibanya di tempat kejadian, Komander Operasi PBK II (TBBK I) Nelson Dennis bersama tujuh anggota mendapati kereta tersebut sedang marak terbakar di tepi jalan,” menurut kenyataan itu.
Pasukan bomba bertindak pantas memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran hos yang disambungkan kepada pam jentera dengan sumber air diambil dari pili bomba berhampiran.
Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 2.10 petang dan operasi ditamatkan pada jam 2.27 petang.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
#Miri #Sarawak #IklanDialuAlukanBeritajak